zaifie zainal creation bridal gallery

By: zaifie zainal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Sep-2008 15:50 Email | Share | Bookmark
Introducing Our New 'Z' Logo



Profil

Zaifie Zainal Creation ditubuhkan pada 2001 atas dasar minat yang mendalam dan bakat semulajadi pemilik Zaifinidza Zainal Abidin terhadap kraftangan perkahwinan. Bergabung bersama suami, mengasaskan Yucca’s Creation pada awal penubuhan yang kemudiannya ditukar kepada Zaifie Zainal Creation (sempena nama pemilik) pada tahun 2004 untuk tujuan komersial. Memulakan perniagaan dengan menerima tempahan gubahan hantaran, ternyata sentuhan dan rekaan Zaifie yang eksklusif dan tersendiri digemari ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pakej Lengkap Perkahwinan

Menyedari industri perkahwinan semakin menjadi trend dan mempunyai pasaran yang luas, Zaifie Zainal Creation memperkembangkan perniagaan dengan melengkapkan butik sebagai pusat sehenti pada tahun 2004. Dari hanya mengubah hantaran kini Zaifie Zainal Creation menawarkan pakej lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung. Kini Butik Pengantin Zaifie Zainal Creation menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk bakal-bakal pengantin seperti persalinan pengantin, mekap dan andaman, pelamin, hiasan bilik dan fotografi, kad perkahwinan. Pasangan ini sangat menitik beratkan sentuhan peribadi terhadap setiap hasil seni yang dipersembahkan kepada para pelanggan agar hasil yang diperolehi adalah yang terbaik.

Setiap pelanggan yang menggunakan khidmat Zaifie Zainal Creation pasti akan mendapat hasil yang memuaskan, menjadikan hari bahagia yang dilalui unik dan tersendiri.

Media Massa & Media Elektronik

Gubahan hantaran Zaifie Zainal Creation sering disiarkan di majalah ternama seperti majalah Pengantin, Jelita, Keluarga, Harmoni, Rias dan Ratu Sehari.

Akhbar-akhbar tempatan yang pernah menyiarkan kisah Zaifie Zainal Creation, Berita Harian, Harian Metro dan Sinar Harian.

Zaifie Zainal Creation pernah bersiaran untuk rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3.

Pengalaman & Kepakaran

Tenaga kerja Zaifie Zainal Creation terdiri daripada beberapa orang yang begitu meminati industri perkahwinan. Bagi kami, industri perkahwinan begitu luas dan tiada sempadan. Syarikat ini telah berpengalaman selama 7 tahun di dalam industri perkahwinan. Lebih memfokuskan kepada penciptaan dan keindahan rekaan berkonsepkan taman (garden wedding).
Sepanjang 4 tahun pembabitan adalah secara sambilan. Bagaimanapun dengan bakat yang dimiliki dan berteraskan minat yang mendalam selain sambutan yang menggalakkan pemilik nekad meletak jawatan dan menumpukan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan ini. Ketabahan mengharungi pahit maung perniagaan nyata telah membuahkan hasil.
Berpengalaman membuat pelamin dan dekorasi di dewan, hotel, resort dan kediaman.

Malah sentuhan gaya solekan yang ditampilkan juga disenangi ramai. Teknik solekan yang ringkas dan natural begitu menawan dan menjadi pilihan bakal-bakal pengantin. Zaifie menyifatkan seni solekan tiada batas interpretasi. Lantaran itu, beliau menyerlahkan kejelitaan semulajadi setiap wanita dengan sentuhan dan gabungan warna-warna yang harmoni dan menawan.

Sememangnya Zaifie Zainal Creation pasti hanya memberikan yang terbaik buat bakal-bakal pengantin. Jadikan kami pilihan anda!! Tanpa anda siapalah kami...

Terima Kasih kami ucapkan, salam kasih penuh kesyukuran....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net