zaifie zainal creation bridal gallery

By: zaifie zainal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Jun-2008 06:23 Email | Share | Bookmark
Dr Salwani & Farid- 23 & 24 May 2008

Di malam pernikahan.
Pelamin kubah dengan hiasan bunga segar.
Posing ala model.
Dr Wani bersama adik-adiknya, Mira dan Lisa.
Hantaran hiasan fresh flower-Kemeja
Hantaran coklat.
Hantaran Tuala.
Sebelum make-over
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 












Nama pengantin: Dr Salwani & Farid

Dr Salwani bertugas di HUKM, Cheras, Farid pula bertugas di Johor Bahru.

Tema: Rona krim dan lilac

Hantaran: 7 berbalas 9

Gubahan Hantaran: Zaifie Zainal Creation

Make-up: Zaifie Zainal

Persalinan: Persalinan rona krim dan lilac

Pelamin: Rekaan Berkubah dengan hiasan fresh flower- lilac & cream rose

Kamar Pengantin: Rekaan Berkubah dengan hiasan fresh flower- lilac & cream rose

MAJLIS BERINAI KECIL
Tarikh: 23 Mei 2008
Majlis bermula jam 4 petang. Dr Wani mula di tatarias jam 2ptg. Pada majlis ini beliau menggayakan tiga pasang persalinan. Persalinan yang digayakan adalah Puteri Jawa, Kimono dan songket tradisional. Jurugambar pada petang itu adalah adik beliau sendiri, Reza. Bergaya bagaikan model, Dr Wani kelihatan anggun dan menawan. Siapa kata doktor tidak pandai bergaya!

MAJLIS AKAD NIKAH
Tarikh: 23 Mei 2008
Selesai menggayakan ketiga-tiga persalinan, Dr Wani bersiap pula untuk Majlis akad nikah pada sebelah malamnya. Sebelum itu saya sibuk menyolek ibu, Cikgu Azizah dan dua adik perempuan, Mira dan Lisa. Jam 8.30 malam Dr Wani yang tak habis-habis stress siap ditatarias. Jangan stress Dr! Tak lama lagi rasmi jadi isteri orang. Suasana majlis ceria dengan kehadiran ramai kaum keluarga dan rakan taulan. Dengan sekali lafaz, sahlah ikatan Dr Wani & Farid sebagai suami dan isteri. Majlis disusuli dengan acara menyarung cincin dan jamuan buat para hadirin

MAJLIS PERSANDINGAN
Tarikh: 24 Mei 2008
Tempat: Rumah Pengantin, Bandar Tun Razak, Cheras
Majlis berjalan lancar dan sungguh meriah dengan kehadiran ramai para jemputan. Jemputan VIP yang turut hadir adalah Dato Seri Azmi Khalid dan isteri Datin Seri Normala Samsudin. Majlis turut dimeriahkan dengan paluan kompang tatkala ketibaan pengantin jam 1.30 ptg. Bukan itu sahaja, turut menghiasi persembahan pencak silat dan muzik gamelan. Para hadiran turut dihiburkan dengan dendangan merdu Penyanyi yang tidak asing lagi, Latiff Ibrahim.

DESTINASI BULAN MADU
Pulau Langkawi, Kedah.

DARI ZAIFIE ZAINAL CREATION
Kami team Zaiifiie Zainal Creation mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih tidak terhingga kerana layanan mesra Wani sekeluarga terutama ibu, Cikgu Azizah. Sedap la makan budu! Kalau boleh nak lagi ye

Dan penghargaan tidak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada kami menjayakan majlis perkahwinan Wani. Thanks so much for your support!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net